Tuesday, May 4, 2010

Mekah

Assalamualaikum.

Bertemu lagi. Kali ini saya 'load in' video sewaktu saya mengerjakan Umrah dahulu. Alhamdulillah, sepanjang video diambil, tidak ada masaalah yang menghalang. Niat saya waktu itu ialah supaya orang tua saya dapat melihat sendiri rupa Masjidil Haram di kota suci Mekah dan dapat melihat Kaabah seperti yang saya lihat. Insyaallah, mudah2an Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dan teman-teman serumah denganku agar kami dapat bersama-sama kesana. Doakan kami.

Waktu disana, kedua orang tualah yang paling aku ingati. Aku merasa sayu yang teramat kerana belum diizinkan Allah untuk kedua orang tuaku menjadi tetamu-Nya. Bukan kerana tidak mahu tapi kerana ketidakmampuan.

Ya Allah, kurniakanlah Rahmat Mu pada kedua orang tua ku, adik beradik ku dan teman-teman serumah denganku. Berikanlah kami rezeki yang tidak disangka-sangka hingga membolehkan kami datang menyahut panggilan Mu menunaikan ibadah Haji dan Umrah, dapat kami bersembahyang di Masjid Nabi MU, Masjid Nabawi, dapat kami berziarah ke makam Nabi Mu di Raudhah, makam para sahabat dan keluarga Baginda di Baqi' dan dapat kami menjejaki sirah Rasul MU.
Ya Allah, kurniakanlah kami kurniaan Mu yang besar.
Amin.

"Labbaikallahumma labbaik, Labbaikala Syarikala kala baik.... "

Moga video ini juga dapat memberi hidayah pada yang menonton dan terpanggil untuk ke rumah Allah dan negeri Rasulullah.

Monday, May 3, 2010

Mengapa mesti sombong?

Untuk mengelak sikap sombong, sentiasalah berdoa kerana itu menunjukkan kita ini lemah. Sentiasa perlu pada Allah dan berdoalah kerana doa adalah sesuatu yang amat disukai Allah. Tidak harus sombong kerana sombong itu hanya hak Allah

Monday, April 26, 2010

Antara putih dan hitam 'PRINSIP RUKUNEGARA', lebih banyak hitam dari putihnya

Melihat pada faktor pembangunan insan masa kini, saya nampak lebih banyak hitam dari putihnya kerana rakyat Malaysia kini lebih ramai malahirkan masyarakat yang pincang dari yang berkualiti.

Saya kata begitu sebab anak-anak zaman sekarang tak macam anak-anak zaman terdahulu. Mereka tak banyak menimbulkan masaalah dibandingkan dengan anak-anak zaman sekarang.
Salah siapa anak-anak zaman sekarang ini menjadi begitu terbuka hingga hidup melanggar adab dan tata susila negara?.

Pembentukan jati diri anak-anak zaman sekarang sudah jauh berubah malah terpesong dari landasan sebenar negara. Saya malah yakin, ini semua kerana tidak adanya mata pelajaran Sivik seperti anak-anak zaman kami dahulu. Zaman sekarang perkataan Sivik ini selalu disebut-sebut tapi adakah mereka faham maksud Sivik yang sebenar.

Kebiasaannya saya dengar orang sekarang sebut tak ada sivik bila mereka memandu dan ada pemandu yang tak sabar lalu memotong di lorong kecemasan atau di sebelah kiri jalan. Atau pun mereka yang memotong barisan ketika beratur. Lain dari itu tak ada dengar pun sivik ini disebut-sebut.

Disekolah, anak-anak diajar dengan lima prinsip rukunegara iaitu;

1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang Undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

Dari prinsip rukunegara ini kita boleh lihat bahawa yang perlu diutamakan ialah ‘Kepercayaan kepada Tuhan’. Prinsip ini macam tak lagi penting pada ibu bapa zaman sekarang.

Kalau mereka pentingkan prinsip yang pertama tadi, tentulah pendidikan agama menjadi teras kehidupan.

Pendidikan agama ini bukan semata-mata agama Islam tetapi juga setiap agama yang ada di Malayasia ini. Landasan semua agama adalah satu, ‘Tidak ada agama mengajar umatnya untuk berbuat jahat’, jadi kalau semua ibu bapa menerapkan prinsip pertama rukun Negara ini, Insyaallah Malaysia kita ini akan menjadi semakin aman, makmur dan berjaya kerana rakyatnya merupakan masyarakat yang saling sayang menyayangi, hormat menghormati sesuai dengan tuntutan agama.

Anak-anak yang berjaya dalam didikan agama ini juga secara tak langsung membuktikan ibu bapa mereka adalah orang yang cemerlang dan gemilang.

Tapi masyarakat hari ini lebih prihatin kepada kewangan, kebendaan dan kekayaan. Mereka hampir lupa pada keseluruhan prinsip rukunegara. Alhamdulillah masih ada segelintir masyarakat yang masih berpegang teguh tapi lebih kepada empat prinsip bukan lima yaini dengan mengenepikan prinsip yang pertama tadi.

‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’ begitu terserlah contohnya sewaktu berlaku kes dua Menteri Besar di Perak. Apabila Raja dicemuh, rakyat setia bangun mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

‘Keluhuran Perlembagaan Undang-Undang’ juga terserlah amalannya. Contohnya perbicaraaan kes Datuk Anwar Ibrahim tetap berlangsung walaupun tertangguh sekian lama, atau seperti contoh kes allahyarhamah NOOR SUZAILY MUKHTAR yang kematiannya terbela selepas pembunuhnya Hanafi Mat Hassan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

‘Keluhuran Perlembagaan’ nyata di mata masyarakat apabila dapat menyaksikan sendiri persidangan Parlimen yang wakil rakyatnya adakala bersikap seperti budak-budak kerana berbalah mulut hingga nampak tidak berdisiplin dan tidak beretika. Apa pun prinsip ini nampak perlaksanaannya.

‘Kedaulatan undang-undang’ pula sangat menonjol zaman ini bila banyak cerita tentang peratus kejadian jenayah yang berjaya dikurangkan pihak Polis. Tak bermaksud kesalahan yang hanya dilakukan oleh orang awam tapi juga termasuk salah laku pegawai polis itu sendiri. Membuktikan undang-undang Negara ‘tak pilih bulu’ dalam melaksanakan prinsip keempat ini. Juga tak ketinggalan, kejayaan rasuah yang berjaya dibanteras oleh SPRM yang semakin aktif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Dan akhir sekali ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Ini adalah satu prinsip yang dimana-mana orang tahu tentang rakyat Malaysia. Jika ditanya pada pelancung asing, orang Malaysia memang berbudi bahasa dan bersopan santun. Prinsip ini merupakan IDENTITI RAKYAT MALAYSIA

Tapi Prinsip yang kelima ini sebenarnya banyak bersangkut paut dengan Prinsip yang pertama. Hilang prinsip pertama, maka pincanglah prinsip yang ke lima.

Maka lahirlah sekarang anak-anak bangsa yang hilang kesopanan dan tata susilanya hinggakan banyaknya gejala sosial yang berlaku sekarang ini. Tak ketinggalan juga pelancung asing yang takut nak datang ke Malaysia kerana peristiwa pahit yang dialami seperti ragut, rogol dan bunuh.

Apa pun, semua prinsip rukunegara yang empat itu akan pincang jika prinsip pertama tak diutamakan.

Oleh itu, marilah kita semua rakyat Malaysia mengambil berat tentang Prinsip Rukunegara yang pertama ini kerana dengan agama sahaja, (KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN) kita akan dapat melahirkan rakyat yang setia kepada Raja dan Negaranya (KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA), mendidik rakyat menjadi orang yang berprinsip,jujur lagi luhur dalam perlaksanaan (KELUHURAN PERLEMBAGAAN), menjadi rakyat yang bijak, tidak mengikut perasaan marah, menggunakan akal dalam mengambil sebarang keputusan (KEDAULATAN UNDANG-UNDANG) dan akhirnya menjadi rakyat yang berbudi pekerti tinggi, bersopan santun dan menghormati orang yang lebih tua dari kita juga menghormati tetamu. Itulah (KESOPANAN DAN KESUSILAAN)

Saya percaya bahawa dengan hanya menerapkan Prinsip Rukunegara yang pertama bersungguh-sungguh, maka empat prinsip yang selebihnya akan dipatuhi dan dituruti dengan baik.

Lima prinsip ini merupakan ‘IDENTITI RAKYAT MALAYSIA’ jadi marilah kita sama-sama menjadikan RUKUNEGARA ini satu Pegangan yang dipraktikkan bukan diteorikan sahaja.
Wassalam

Friday, April 23, 2010

Sedekah boleh menyembuhkan penyakit.

Saya tertarik dengan kupasan Harian Metro hari ini tentang sedekah boleh menyembuhkan penyakit. Selain dari itu menceritakan juga keuntungan bagi orang yang pemurah dan kerugian bagi yang kedekut @ bakhil.

Berikut sedikit petikan kupasan harian metro

IBNU al-Qayyim berkata bahawa sesungguhnya Allah s.w.t menghindarkan seseorang daripada bermacam-macam bala dengan sebab bersedekah. Kata Ibnu al-Qayyim lagi: “Perkara semacam ini sudah diketahui oleh ramai orang, sama ada orang awam atau pun orang alim. Semua manusia yang ada di bumi ini mengakui kebenarannya kerana mereka sudah pernah mencuba cara berkenaan.”

Selama ini mungkin kita mengetahui ada penyakit boleh sembuh dengan sedekah. Bunyinya macam aneh, tetapi dengan izin Allah semua boleh berlaku. Tidak ada yang mustahil atas dunia ini. Tiap penyakit ada ubatnya. Manusia berubat dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyembuhkan penyakitnya. Satu kaedah berubat itu ialah dengan sedekah.

Sedekah sesungguhnya memiliki rahsia yang mengagumkan dalam mengubati pelbagai jenis penyakit. Apa yang jelas, di samping mendapat pahala dengan sebab bersedekah Allah menyelamatkan diri kita (orang yang bersedekah) daripada musibah atau kejadian yang mengerikan.

Sebagai bukti kita boleh catatkan semula kisah yang disampaikan Ustaz Sayid Juail. Kisah ini diambil dari buku Al-Tadawi bi al-Shadaqah tulisan Hasan bin Ahmad Hasan Humam yang diterjemah ke bahasa Melayu oleh Ummi Hakimah.

“Seorang ayah tiba-tiba mengalami sakit luar biasa. Dia tidak tahu punca sakit itu. Melihat keadaan ayah yang amat sakit itu anak lelakinya segera membawa ke hospital dan dimasukkan ke bilik kecemasan. “Tidak lama kemudian doktor datang memeriksa. Hasilnya, doktor mengatakan bahawa ayah budak lelaki itu menderita penyakit batu ginjal di saluran kencingnya. Jalan terbaik ialah pembedahan.

“Mendengar keputusan doktor, si ayah dan anak lelaki menerimanya dengan pasrah. Tapi sebelum dilakukan pembedahan, mereka mohon penangguhan beberapa hari untuk menyiapkan biaya pembedahan.

“Hari berikutnya anak lelakinya kembali melakukan tugasnya di sebuah syarikat. Kebetulan hari itu dia dapat gaji. Hatinya sangat senang dan bahagia. Ketika dalam perjalanan pulang dari pejabatnya, dia melihat seorang lelaki tua miskin sedang mengumpulkan barang bekas dengan keadaan sangat penat dan letih.

“Melihat orang tua itu, si anak lelaki itu pun berfikir: andai kata dia seperti lelaki tua itu, tentu sangatlah penat dan letih. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberikan seluruh gajinya itu kepada orang tua itu dengan niat semoga Allah akan menyembuhkan penyakit yang dideritai ayahnya.

“Sesampai saja di rumah, dia mendapati wajah ayahnya cukup ceria dan bahagia. Ayahnya berkata: ‘Wahai anakku, Alhamdulillah, tidak berapa lama sebelum kau tiba, ayah merasa sangat sakit di bahagian perut. Kemudian ayah segera menuju ke tandas untuk membuang air besar. Tidak ayah sangka, akhirnya batu ginjal keluar dengan sendirinya. Dan sekarang ayah merasa sangat nyaman dan selesa saat ini.’ “Mendengar perkataan si ayah, anak lelakinya itu menitiskan air mata kerana terharu dan rasa syukur kepada Allah.”

Maka benar Allah dalam sabda Nabi-Nya yang bermaksud: “Ubatilah sakit kamu dengan cara bersedekah, peliharalah harta kamu dengan cara berzakat dan hindarilah bala dengan cara berdoa.”

Sebenarnya segala aturan kehidupan semua makhluk di dunia ini ditetapkan Allah. Justeru, setiap orang yang beriman sudah sepatutnya untuk tetap melakukan dan berusaha dengan berpegang teguh kepada Allah.

Dan satu perantara yang boleh menjadi sebab bagi kesembuhan dengan izin Allah ialah istighfar dan bersedekah.

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya: “Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”

Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya: “Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah? Kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Dalam surah al-Syura ayat 49-50, Allah berfirman yang maksudnya: “Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya: Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nyadan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak lelaki dan perempuan - dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Bersedekahlah mengikut kemampuan masing-masing. Tidak akan jatuh miskin kita kerana bersedekah, sebaliknya kita memperoleh pahala dan ganjaran yang baik dan Allah. Tapi kalau kita bakhil, tunggulah bala dan musibah dari Allah.

Abu Hatim al-Sibiti dalam kitabnya Raudah al-Uqala wa Nuzhah al-Fudhala mencatat begini: “Sifat bakhil adalah pokok yang ada di neraka yang dahan berserta cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke neraka.

“Demikian pula kemurahan hati adalah pokok yang ada di dalam syurga yang dahan dan cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke dalam syurga, kerana syurga adalah rumah bagi para pemurah.”