Friday, March 18, 2011

Gubahan hantaran di majlis pernikahan adik-Ros aida & Sudin

Assalamualaikum, o.k nilah dia sebahagian dari hantaran yang saya buat sempena pernikahan adik yang majlisnya berlangsung pada 4, 5 & 6 Feb 2011 yang lalu.

Tema Pengantin 'Coklat, Putih dan Gold'

1 . Gubahan hantaran Al-Quran dan Rehal.

Pandangan dari atas.

Pandangan dari sisi

2. Baju Kemeja, Seluar & Tali leher

Pandangan dari depan

Pandangan dari belakang (Kemeja, seluar & tali leher)

pandangan dari sisi

3. Bakul Buah

Pandangan dari sisi

Pandangan dari atas

4. Coklat yang digubah berbentuk rumah kampung yang kecil berserta garaj kereta, dikelilingi pohon dan pasu bunga.

5. Bunga rampai dalam perahu layar

Pandangan dari sisi

Pandangan dari sudut

Pandangan dari depan

6. Pencuci Muka

Pandangan dari depan

Pandangan dari sisi

7. Sejadah yang dibentuk menjadi Sofa

Pandangan dari depan

Pandangan dari belakang

Pandangan dari sisi

8. Tali Pinggang dan Beg Duit Lelaki

Pandangan dari depan
Pandangan dari belakang

9. Sireh Junjung yang digubah berbentuk rumah

Jika ada yang berminat untuk mengupah buat gubahan, bolehlah hubungi saya di talian 012 6126261. Tapi disebabkan bateri phone pun selalu kong (dek uzur) maklumlah phone dah lama, so sms sajelah ye

nanti ku selitkan pula gubahan hantaran yang kubuat buat sepupuku pada majlis persandingan beliau pada December yang lalu.

Wassalam

Wednesday, March 9, 2011

Majlis Pernikahan adik ku

Assalamualaikum,

Share sikit tentang majlis perkahwinan adik - Rosaida dan Sudin.

Semoga terhibur dengan clip video special edition buat pengantin.

Diselitkan juga sedikit gambar pengantin.

Sebahagian sajelah yer... yg lain kena tengukla album pengantin..

Edisi video untuk majlis pernikahan berlangsung pada 4 Feb 2011 dan majlis persandingan pada 5 & 6 Feb 2011, tak ada editing dan tak sempat nak dimasukkan sebab kesuntukan masa. Masa lebih tertumpu untuk editing 'Special Pengantin'. Maka untuk mereka yang ada gambar dalam edisi 4, 5 & 6, maaflah.. kerana tak sempat nak meng'edit' dan mengindahkan lagi keayuan dan kecerian wajah dan diri anda. Namun anda adalah yang terbaik! (The BEST!). Insyaallah nanti videonya saya masukkan dalam blog.

O.k, inilah video tanpa editing. Majlis persandingan yang berlangsung pada 5 & 6 Feb 2011

Untuk gubahan hantaran, gambarnya akan saya masukkan nanti. (bila ada masa) kerana kesebukan waktu Insyaallah.

Jadi, semoga terhibur hendaknya.

Assalamualaikum

Tuesday, February 8, 2011

BILA DOA MUDAH & CEPAT DIKABULKAN?

Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim.

Ia adalah pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak ke atas segala yang berlaku, manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah Subahanahu Wataala.

Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan.

Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doa tertentu yang digalak supaya diamalkan sama ada sebelum memulakan sesuatu perbuatan ataupun selepas melakukannya.

Kelebihan atau fadhilat doa itu pula amat besar dan banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar.

Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa hambaNya, tidak ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa itu.

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah bilakah waktunya doa mudah dan cepat dikabulkan?

Apabila seorang hamba berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan doanya dan tidak akan membiarkan doanya itu kosong sahaja.

Tetapi perlu diingat bahawa untuk mendapat doa yang dimakbulkan, adab-adab atau peraturan berdoa mestilah dipelihara oleh setiap orang yang berdoa.

Di antara tuntutan dan etika berdoa itu ialah:

- Memelihara sumber rezeki seperti makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram.

- Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah serta berselawat kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

- Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal salih.

- Berdoa dengan mengadap qiblat dan mengangkat dua tangan sekira-kira nampak putih ketiak dan menyapu kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.

- Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.

- Berdoa dengan disertai keredhaan hati, khusyuk jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut terhadap azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.

- Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya.

- Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa dengan menganggap doa tidak dikabulkan.

- Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat atau ketika doa mudah dan cepat dikabulkan.

Diantaranya:
i. Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardhu.

ii. Ketika Lailatulqadar.

iii. Hari Arafah.

iv. Di bulan Ramadhan.

v. Hari dan malam Jummat.

vi. Di antara azan dan iqamah.

vii. Ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan.

viii. Ketika sujud di dalam sembahyang.

xi. Ketika mendengar kokokan ayam.

x. Ketika waktu hujan.

xi. Ketika meminum air Zam-Zam.

xii.Ketika membaca al-Qur’an terutama apabila khatam.

xiii Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.
Begitulah etika dan waktu doa mudah dimakbulkan.

Berdoa menunjukkan ingatan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Mengingat Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa, sama ada di waktu senang mahupun susah.

Begitulah juga dengan amalan berdoa, hendaklah dilakukan setiap masa, lebih-lebih lagi di waktu senang dan susah doa akan mudah diperkenankan.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu anhu
Maksudnya : "Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu senang".
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Thursday, December 23, 2010

Makna dalam Solat

Perintah solat ;

Sabda Rasulullah S.A.W; “Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur.

Makna bacaan dalam Solat

Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya
dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai Hari Pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci Tuhan ku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku
dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas Engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan,
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Doa taubat

“wahai Tuhan ku, aku tak layak utk kesyurgamu …namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ".
"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”